Pada entri kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua resepi Sotong Celup Tepung. Resepi ini sangat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Resepi ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk atau sebagai juadah minum petang. Kalau kat pantai dah berapa ringgit sepinggan ni. Jom kita cuba buat sendiri je kat rumah. Berikut adalah resepi untuk membuat sotong celup tepung:

 

Resepi Sotong Celup Tepung

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sotong
  • Telur
  • Tepung gandum
  • Tepung serbaguna

 

Cara-cara Memasak:

  1. Bersihkan sotong terlebih dahulu. Potong mengikut saiz citarasa anda. Masukkan sotong yang siap dibersihkan kedalam telur.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi tepung gandum dan gaulkan supaya sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung serbaguna dan gaulkan sehingga tepung serbaguna sekata.
  4. Kemudian gorengkan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

 

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 36 times!)