Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Sup Ayam Sedap

Resepi Melayu: Sup Ayam Sedap

Kategori: ,,
Sup Ayam sedap

Hai semua. Korang semua dah masak untuk lauk tengahari korang? Apa dia? Belum ada idea? Tak apa, sebab saya akan kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sangat senang iaitu resepi Sup Ayam Sedap.

Resepi yang sangat ringkas, padat dengan rasa yang memikat dan bahan-bahan yang sangat-sangat senang untuk diperolehi.

Resepi Sup Ayam Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Sup bunjut adabi
  • Ayam
  • Bawang holland
  • Kentang
  • Akar daun sup
  • Daun bawang
  • Perencah sup adabi
  • Garam
  • Perasa
  • Tomato

Cara-cara Memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sup bunjut dan ayam yang sudah dibersihkan. Gaulkan seketika supaya hilang bau hanyir ayam. Kemudian masukkan air.
  3. Tunggu sehingga medidih. Kemudian masukkan bawang holland yang dihiris empat dan juga ubi kentang.
  4. Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan sehingga ayam dan ubi kentang masak.
  5. Akhir sekali  masukkan buah tomato. Kemudian angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

tags: | | |