Sejak akhir-akhir ini, penulis selalu pula dengar orang asyik sebut pasal Tauhu Begedil. Sedap ke? Jom try buat. Berikut merupakan resepi untuk membuat Tauhu Begedil yang enak:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500g ubi kentang (rebus sehingga lembut)
  • 16 ketul tauhu kering (asingkan isi tauhu)
  • 1 bahagian dada ayam (dikisar)
  • 1 biji bawang holland
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 1 sk garam
  • 1 sk lada putih berperisa
  • 2 biji telur + 1 sb tepung jagung

Sambal:

  • 1 sb cili kisar
  • 150ml air
  • 1 sb gula melaka
  • 1/2 sk garam
  • 5 sb kicap masin
  • 1 sb tepung jagung + sedikit air

Cara-caranya adalah:

  1. Tumis bawang holland yang sudah dicincang halus hingga naik bau. Masukkan daging ayam kisar, cili merah yang sudah siap dipotong kecil. Masak sebentar sehingga ayam masak. Kemudian, masukkan serbuk lada putih, dan garam. Masak sampai semuanya larut.
  2. Lenyek ubi kentang yang sudah direbus, masukkan isi tauhu kering, bahan tumis ayam, daun bawang dan serbuk lada putih. Adun hingga sebati.
  3. Bulatkan adunan tadi, lalu dimasukkan kedalam kulit tauhu kering. Salutkan didalam campuran telur dan tepung jagung. Panaskan minyak, lalu goreng dan ketepikan.
  4. Untuk sambal: Panaskan sedikit minyak, masukkan cili kisar dan tambah air. Kemudian, masukkan garam dan gula melaka, kacau sehingga larut. Tambah kicap masin. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan campuran tepung jagung dengan sedikit air. Kacau supaya tidak berketul.
  5. Sedia untuk dihidangkandan dinikmati bersama keluarga.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Limau Nipis

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 50 times!)