Siapa yang menggemarikan resepi melayu mesti cuba resepi terung goreng berlado ini. Terung yang disaluti dengan lada sudah cukup menaikkan selera anda. Cara penyediaannya amat mudah dan senang dan tidak memerlukan banyak bahan yang sukar.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • terung
  • bawang merah
  • lada besar
  • bawang putih
  • cili padi
  • belacan
  • ikan bilis
  • gula
  • garam
  • perasa

Cara-cara untuk membuat terung goreng berlado:

  1. Goreng terung yang telah dipotong sederhana
  2. Sementara itu, tumbuk bawang merah, bawang putih, lada besar, cili padi dan belacan sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi
  4. Kacau sehingga rata
  5. Masukkan Ikan bilis, gula, garam dan perasa
  6. Masukkan terung yang digoreng tadi
  7. Kacau sehingga siap.

 

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Selamat mencuba

 

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 129 times!)