Nasi bujang ialah masakan di mana nasi putih dimakan bersama telur goreng dan sup kosong. Sambal juga sebagai tambahan kepada mereka yang suka pedas.
Setiap kali kalau nak jimat duit, nasi bujang menjadi pilihan disebabkan makanannya murah jadi jimat duit untuk makan. Masakan ini juga sesuai untuk orang bujang sebab itu ia dinamakan sedemikian. Namun, walaupun ia kelihatan ringkas, nasi putih telur goreng dan sup kosong sudah memadai. Perut pun kenyang.
Resepi Nasi Bujang
Bahan-bahan:
- Telur – 1 biji
- Sos Ikan Cap Sotong
- Air Limau
- Serbuk Lada Putih
- Garam
- Secukup Rasa Maggi
- Bawang Holland/ Merah
Cara Memasak Telur Dadar
- Pecahkan telur ke dalam bekas
- Masukkan 3-4 titis sos ikan, sedikit air limau, secubit serbuk lada putih, secubit garam, secubit secukup rasa dan sedikit bawang.
- Kacau telur sehingga sekata
- Panaskan kuali dan masukkan minyak, goreng telur sehingga garing
- Telur dadar telah siap dimasak
Resepi Sup Kosong
- Bawang Putih – 2 ulas
- Bawang Holland
- Daun Saderi
- Sos Ikan Cap Sotong
- Air Limau
- Bawang Goreng
- Secukup Rasa Maggi
- Serbuk Lada Putih
Cara Menyediakan Sup Kosong
- Masukkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang holland. Masak sehingga bawang putih dan bawang holland agak garing sedikit
- Apabila bawang tadi telah garing, masukkan air dan jugak daun saderi yang dipotong kecil
- Masukkan 5-7 titis sos ikan, satu sudu besar air limau dan secubit lada putih
- Masukkan gula dan garam secukup rasa dan sedikit perisa secukup rasa maggi
- Taburkan bawang goreng ke dalam sup
- Sup telah siap untuk dimakan
Mudah je kan nak buat nasi bujang ni? Hanya perlu goreng telur dan buat sup kosong. Makanan yang paling sesuai untuk orang bujang dan mereka yang suka simple-simple je. Telur goreng memang sesuai dengan makanan berkuah seperti sup tulang dan tomyam. Itu sahaja resepi kali ini. Selamat mencuba!
Kredit: Mohammad Nur Hakimi Sulaiman (MATJHNO)
Baca Juga: Terkenal Di Singapura, Ini Resepi Sup Tulang Merah Yang Ikonik! Wajib Cuba!