Nasi Daging Utara merupakan nasi yang dimasak bersama-sama dengan daging dan beberapa bahan lain. Air daging yang menyerap masuk ke dalam nasi membuatkan nasi yang dimasak lebih sedap dan menyelerakan. Tengah masak dalam periuk pun sudah sangat menggoda baunya.
Nak cuba buat Nasi Daging Utara ini di rumah? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Norzy Yusuff ini. Nak menyediakannya sangat ringkas dan cepat. Memang tak menyesal punya kalau cuba buat.
Cara Buat Nasi Daging Utara Yang Sedap & Menyelerakan!
Bahan-bahan:
Bahan Nasi Daging Utara Simple:
- Daging direbus empuk | ketepikan
- Rendam beras Basmathi 3 pot 30 minit
Bahan Tumisan:
- 2 sudu minyak sapi dan minyak masak 2 sudu
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia | mayang halus
- 4 sekawan (kuliy kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- 2 sudu rempah kurma
- 2 helai daun pandan
- 2 biji tomato
- 3/4 tin susu cair
- 3/4 sudu penuh gara,
- Sedikit secukup rasa
- Air rebusan daging
- Daun ketumbar
Cara Penyediaan:
- Tumiskan 4 sekawan dan bahan yang dimayang sehingga garing.
- Masukkan daun pandan dan rempah kurma.
- Masukkan air rebusan daging 4 1/2 cawan. Pot yang digunakan perlu sama dengan pot yang digunakan untuk susu cair.
- Didihkan sekejap, masukkan garam secukup rasa dan tomato.
- Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk tadi.
- Akhir sekali bila nasi dah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan menjadi elok, gebu dan wangi.
- Siap untuk dihidangkan.
Nota:
- Nasi tu jangan dikacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah.
- Resepi nasi saya ni lembut sikit. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.
Mudah sahaja kan nak buat Nasi Daging Utara ini? Mungkin anda boleh cuba pada hujung minggu saat makan bersama keluarga. Hidangan ini memang sangat enak, tak menyesal tau kalau buat. Sekali rasa, pasti setiap minggu akan jadi hidangan utama keluarga nanti.
Kredit: Norzy Yusuff
Baca juga: Resepi Nasi Minyak Hujan Panas Mudah Bersama Ayam Masak Merah, Acar Nenas Timun & Papadom