Langkau ke kandungan

Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!

Resipi

7 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
resepi nasi goreng ikan masin

Nasi goreng ikan masin merupakan antara nasi goreng yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Kebanyakan kedai makan memang ada menyediakan nasi goreng tetapi tak banyak kedai yang boleh masak nasi goreng ikan masin tu betul-betul sedap. Korang nak tahu tak cara-cara nak bagi nasi goreng tu sedap dan boleh jadi antara masakan yang paling enak di dunia. Jom kita ikuti perkongsian lelaki ini.

Cara Mudah Buat Nasi Goreng Ikan Masin, Sedap & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan masin Teburok
  • Bawang besar 1/2 biji
  • Cili api ikut lidah masing masing
  • Daun limau purut 3 helai (yang kembar siam)
  • Bawang putih dalam lima ulas (saya guna Pes Pak Bidan macam besa)
  • Bunga kantan/ketina satu kuntum.
  • 1 biji telur ayam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gorengkan ikan dalam minyak yang banyak atas api yang besar. Supaya dia garing krap krup krap.Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!
  2. Kemudian cincang ikan tadi dalam 1 cm. Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!
  3. Goreng sekali lagi dalam api besar, tapi minyak cukup agak-agak tenggelam ikan yang dah cincang tu je. Ini nak bagi dalam garing dan tulang rangup. Goreng sampai ikan tu jadi warna coklat.Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!
  4. Kemudian masukkan semua bahan tumis tadi. Kalau nak tambah kailan pun elok masa ini.Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!
  5. Masukkan nasi putih. Gaul sampai sebati. Kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul lagi. Masa ni boleh lah rasa dah secukup rasa ke belum. Kalau belum boleh tambah apa yang patut. Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!
  6. Bila dah agak kering boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan. Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Ikan Masin ni? Orang lelaki bujang pun boleh buat tau. Confirm terbalik biji mata bila makan nasi goreng yang dimasak.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Khabbab Jamalludin Via MAHN

Baca juga: Sama Sedap Macam Di Thailand, Ini Resepi Nasi Goreng Thai Yang Menyelerakan.

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa