Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Nasi » Resepi Nasi Goreng Dari Bintang Youtube Yang Warga Malaysia Boleh Cuba! Marion Kitchen Beri Resepi Mudah!

Resepi Nasi Goreng Dari Bintang Youtube Yang Warga Malaysia Boleh Cuba! Marion Kitchen Beri Resepi Mudah!

Kategori:
MARION KITCHEN

Nasi goreng merupakan antara hidangan yang terkenal yang semua orang boleh menyediakan. Setiap orang mempunyai resepi mereka yang tersendiri yang membuatkannya unik. Di Youtube pula, Youtuber Marion Kitchen pernah berkongsi resepi nasi gorengnya tersendiri dengan menggunakan bahan yang boleh didapati di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Marion atau lebih dikenali sebagai Marion Kitchen di Youtube merupakan seorang bintang Youtube yang selalu berkongsi resepi-resepi di channel Youtubenya.

Cinta dalam dunia masakan bermula dari ibunya yang dikenali di kalangan peminatnya sebagai Mama Noi. Mama Noi juga turut muncul di video Youtubenya kadang kala. Gelagat ibu dan anak di dapur menarik minat penonton.

Kebanyakkan masakan dan resepi yang dikongsikan oleh Marion dan Mama Noi adalah masakan Asia, terutamanya masakan Thailand. Ini kerana Mama Noi berasal dari Thailand dan Marion dibesarkan dengan pelbagai masakan Asia oleh ibunya.

Antara resepi yang di kongsikan di Youtubenya adalah nasi goreng tuna pedas yang anda sendiri boleh cuba.

Resepi Nasi Goreng Tuna Pedas

Bahan-Bahan

  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 2 biji telur, dikpukul
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cili merah besar
  • 2 biji cili padi (boleh tambah untuk lebih pedas)
  • 1 ulas bawang, dipotong
  • 150g tuna di dalam tin, buang airnya
  • 3 cawan nasi yang telah dimasak
  • Potongan limau nipis untuk dihidang

Bahan Untuk Sos

  • 1/4 cawan sos tiram – beli di sini
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula

Cara Menyediakan

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dengan api yang tinggi. Letakkan telur dan biarkan ia masak selama satu minit. Apabila di bawah sudah keemasan, balikkan telur tersebut dan masak selama 1 hingga 2 minit. Keluarkan telur tersebut dan potong. Letak di tepi untuk kemudian.
  2. Gunakan alu dan lesung untuk hancurkan bawang putih dan cili-cili tersebut.
  3. Gunakan mangkuk untuk menyediakan sos nasi goreng. Letakkan sos-sos tersebut dan gaul sehingga sebati.
  4. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dengan api yang tinggi. Letakkan pes cili bawang putih dan kacau selama kurang seminit. Tambahkan bawang dan goreng selama kurang seminit atau sehingga bawang mula kelihatan layu. Sekarang letakkan tuna dan gaul sehingga rata. Letakkan nasi dan tuangkan sos nasi goreng sehingga nasi disaluti dengan sos secara rata. Akhir sekali tambahkan telur goreng tadi. Angkat dari dapur dan hidangkan dengan potongan limau nipis.

Sangat mudah resepi dari Marion Kitchen ni kan? Bahan-bahan pun sangat mudah untuk didapati jadi anda tak perlu ke luar negara pun untuk menikmatinya. Yang penting kena dengan selera orang Asia.

Kalau nak cuba nasi goreng yang baru atau mempunyai satu tin tuna di dapur, apa kata cuba resepi ini? Jimat dan sedap. Cuba dan jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan anda.

Kredit: Marion Kitchen

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Lempuk Durian Agar Tahan Lama, Dah 4 Tahun Pun Masih Elok Lagi!

 

tags: