Coklat nutella yang cair di mulut menjadi pelengkap kepada penggemar coklat untuk dimakan bersama roti misalnya. Lagi-lagi, ia sedap dimakan dalam bentuk biskut kerana kerangupan di dalam mulut. Jadi, di sini kami kongsikan kepada penggemar coklat nutella nut untuk resepi Nutella Nut Cookies!
Selain rupanya yang cantik, rasanya yang sedap pasti akan mencairkan hati anda!
Resepi Nutella Nut Cookies! Rasa Yang Cair Di Mulut Macam Makan Coklat Mahal
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 360 gram salted butter
- 70 gram gula kastor
- 50 gram gula perang
- 2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
- 40 gram serbuk koko
- 50 gram tepung ubi / beras
- 370 gram tepung gandum
- 60 gram tepung jagung
- 40 gram susu tepung
- 60 gram hazelnut kisar
Bahan hiasan:
- 1 botol 350 gram nutella spread
- Almond nibs Secukupnya
- Susu segar / putih telur
Cara penyediaan:
- Putar bahan-bahan A hingga sebati menggunakan spatula.
- Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
- Sudukan sebanyak 1 sdt adunan dan celupkan dalam susu segar / putih telur kemudian golekkan dalam almond nibs.
- Letakkan adunan atas dulang pembakar dan tekan sedikit adunan biskut dengan belakang sudu. Bakar selama 18 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
- Setelah biskut masak, paipkan nutella spread ditengah-tengah biskut.
- Hentak-hentak sikit loyang biskut untuk ratakan nitella dari naik tinggi dan bakar sekejap suhu 160 darjah celcius selama 8 minit.
- Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Jadi, dah siap kita punya nutella nut cookies! Selain makan sendiri-sendiri, boleh jadikan juga hadiah istimewa kepada seseorang kerana selain rasanya yang sedap, rupa dan bentuk ini cantik diberi hadiah kepada orang.
Kredit: Rosmaliza Omar
Baca juga: Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka