Mesti ramai penggemar cheesecake kan? Selalu kita tengok pelbagai resepi cheesecake yang sedap-sedap dan rasa terliur pulak nak makan. Jadi hari ni apa kata kita cuba buat resepi cheesecake yang paling senang nak dibuat dan paling sedap dimakan iaitu resepi oreo cheesecake. Resepi ni sangat senang nak buat sebab tak perlu di bakar. Kita cuma letak dalam peti ais buat seketika dan selepas itu dah boleh makan.

Bahan – Bahan :

  • Biskut oreo
  • Mentega
  • Cream cheese
  • Gula kastor
  • Esen vanilla
  • Whipping cream non diary

Cara Penyediaan :

  1. Kisarkan oreo menggunakan mesin pengisar atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur. (asingkan sedikit untuk hiasan atas kek)Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang (loose-base pan). Ketepikan dahulu.
  3. Untuk bahagian atas, pukulkan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
  4. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.
  5. Masukkan oreo yang telah dipatahkan dan gaul rata.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi.
  7. Taburkan oreo kisar ke atas kek atau boleh hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Masukkan kedalam peti sjuk dan biarkan kek sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga keras.

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 67 times!)