Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Pancake Lembut & Gebu Ala McD, Senang Yang Amat Rupanya!

Cara Buat Pancake Lembut & Gebu Ala McD, Senang Yang Amat Rupanya!

Kategori:
Pancake Lembut

Nasi lemak, roti canai memang tidak asing lagi dalam menu sarapan pagi rakyat Malaysia. Tapi kadang-kadang mesti rasa teringin nak sarapan ala western seperti pancake lembut dan gebu kan?

Jika di Malaysia, pancake di McDonald’s sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahu sarapan pagi ala western ini. Tidak dinafikan, pancake McD memang sangat lembut dan gebu! Hari-hari makan pun tidak mengapa. Tapi, harganya boleh tahan juga untuk 2 keping pancake.

Rupanya mudah sahaja nak buat pancake ala McD di rumah! Rasanya hampir sama dengan di McD. Jom cuba resepi pancake lembut ala McD di bawah, buat sendiri lagi jimat dan boleh makan puas-puas.

Cara Buat Pancake Lembut & Gebu Ala McD

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu makan baking powder
  • 1 sudu makan gula kastor
  • 1/2 sudu makan minyak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan fresh milk

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sampai adunan tidak berketul.
  2. Panaskan kuali non stick. Kalau tak ada kuali non stick, sapu butter kemudian lap guna kitchen towel.
  3. Guna senduk kemudian tuangkan atas kuali.
  4. Bila permukaan dah ada bubble, boleh terbalikkan.
  5. Selamat mencuba!

Kredit: @maleenaaaaaaa

tags: |