Pau sangat terkenal di Malaysia. Jika dilihat, ia sering dijual sebagai street food di serata Malaysia. Malah, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pau berinti. Teknik yang paling popular untuk menyediakannya adalah dengan mengukus.
Tapi tahukah anda bahawa pau juga boleh digoreng? Bagi korang yang ingin mencuba, ini resepi pau goreng inti kacang yang telah dikongsikan oleh Ida Zaida di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah dan ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Cara Buat Pau Goreng Inti Kacang, Memang Lembut Elok! Serius Tak Puas Makan
Bahan A
- 1 paket yis kering -guna jenama ini
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu gula
Bahan B
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
Bahan C
- Setengah cawan susu full cream atau fresh milk
Bahan Lain
- Inti kacang merah pre-made (dapatkan di sini)
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih. Ketepikan.
- Ramas semua bahan B hingga jadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
- Kemudian, campurkan bahan A, B, C dan ulikan. Perap sekejap bagi kembang, selepas itu tumbuk untuk buang angin.
- Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
- Agak-agak bila doh mengembang hampir dua kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas).
- Angkat bila pau keperengan, sedia untuk dinikmati.
Nampak mudah sahaja, kan? Kalau anda dah bosan dengan pau kukus, boleh lah cuba resepi pau goreng inti kacang merah ini. Tentunya sedap dan lembut. Korang juga boleh cuba dengan pelbagai inti lain. Yang penting guna adunan ini untuk pau yang gebu elok.
Selamat mencuba!
Kredit: Ida Zaida di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Baby Cakoi Dengan Sos Pandan Kastard. Simple Tapi Teramatlah Sedap!