Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pencuci Mulut Thailand, Red Ruby Sangat Sedap Dimakan Pada Waktu Panas

Resepi Pencuci Mulut Thailand, Red Ruby Sangat Sedap Dimakan Pada Waktu Panas

Kategori: ,,
red ruby

Red Ruby adalah manisan daripada negara jiran iaitu Thailand. Kebiasaannya, mereka menggunakan santan untuk kuah tetapi boleh juga buat dengan susu sejat. Rasa kenyal dan rangup bila digigit. Ianya sama macam makan sagu gula melaka cuma ada tekstur.

Jom kita lihat cara buat manisan thai yang dikongsikan oleh Norashikin Rahmat di Cookpad.

Cara Buat Red Ruby – Pencuci Mulut Thailand

BAHAN-BAHAN

Red Ruby

  • 1 cawan sengkuang (potong dadu)
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan air + pewarna merah
  • Air untuk merebus

Air Gula

  • 1 cawan air
  • 2 keping gula gerek/melaka
  • Daun pandan simpul

Kuah susu

  • Susu sejat tin (sejuk peti)

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Kupas kulit sengkuang, basuh bersih-bersih kemudian potong dadu. Rendam sengkuang tadi dalam air yang diwarnakan merah selama sejam. Kemudian toskan.
  2. Lumurkan sengkuang dengan tepung jagung secukupnya.
  3. Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Masukkan sengkuang tadi, masak sampai timbul, angkat dan toskan airnya. Masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Untuk buat air gula, masukkan semua bahan dalam periuk masak sampai gula larut. Padamkan api.

  5. Cara nak hidang : tuang air gula secukupnya dalam cawan, isikan dengan red ruby, kemudian tuang susu secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Mudah je kan nak buat ni? Barang yang diperlukan pun sikit je, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Makan sejuk-sejuk dari peti pada waktu panas, memang nyaman.

Kredit foto dan resepi: Norashikin Rahmat Via Cookpad

Baca Juga: Mango Milk Cheese, Dessert Jarang Dibuat Orang. Makan Sejuk-Sejuk Memang Padu!

tags: |