Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Peria Sumbat Ringkas, Makan Dengan Nasi Tentu Akan Tambah Lagi

Resepi Peria Sumbat Ringkas, Makan Dengan Nasi Tentu Akan Tambah Lagi

Kategori: ,
peria sumbat

Peria mempunyai rasa yang sangat pahit tapi sangat tinggi sangat berkhasiat jika diamalkan selalu. Oleh itu, ramai yang memasaknya untuk dijadikan lauk bersama nasi.

Nak tahu cara untuk menyediakannya? Ikuti sahaja resepi peria sumbat ini yang telah dikongsikan oleh Nursidah Muhd Amin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas dan tentunya begitu sedap untuk dimakan!

Resepi Peria Sumbat Ringkas, Makan Dengan Nasi Tentu Akan Tambah Lagi

Bahan-bahan

  • Peria (potong dalam 2 hingga 3 inci)
  • Minyak masak
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Cili besar (ditumbuk)
  • Serai
  • Air
  • Udang
  • Santan

Bahan sumbat

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili besar
  • Serbuk kunyit
  • Isi udang
  • Isi kelapa separa muda
  • Tepung
  • Perasa ajinomoto
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah

Cara-caranya

  1. Sediakan peria, basuh hingga bersih dan potong ikut saiz yang telah ditetapkan. Peria Sumbat
  2. Untuk bahan sumbat, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili besar sehingga halus. Tambahkan serbuk kunyit. Peria Sumbat
  3. Letakkan sedikit isi udang. Tumbuk lagi.  Peria Sumbat
  4. Tambah isi kelapa dan tumbuk. Peria Sumbat
  5. Dah tumbuk semuanya, letakkan dalam bekas. Campurkan dengan tepung, perasa Ajinomoto, garam, lada sulah, gula dan ketepikan. Peria Sumbat
  6. Bila sudah siap, sumbat di dalam peria yang telah disediakan dan ketepikan. Peria Sumbat
  7. Untuk menumis pula, letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan. Peria Sumbat
  8. Tumis bawang merah, bawang merah, cilio besar sehingga wangi. Peria Sumbat
  9. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Letakkan udang. Peria Sumbat
  10. Sudah mendidih air tu baru masukkan peria dan santan. Peria Sumbat Peria Sumbat
  11. Masak sehingga peria masak. Peria Sumbat
  12. Boleh tambahkan bawang goreng jika suka dan sedia untuk dinikmati. Peria Sumbat

Kredit: Nursidah Muhd Amin

Baca Juga: Campur 3 Bahan Ini, Rasa Ayam Goreng Biasa Jadi Luar Biasa. Kena Cuba Sebab Memang Sedap Rangup Tak Terhingga!

tags: | |