Kebiasaannya kita cuma pernah dengar karipap frozen, donut frozen dan kuih-kuih yang lain. Namun, jarang didengari orang buat pisang goreng frozen kan? Selalunya kita biasa beli pisang goreng di tepi jalan je dan perlu dihabiskan segera.
Namun, pisang goreng ini boleh disimpan di dalam peti dan digoreng pada bila-bila masa sahaja. Menarik kan? Jom ikuti resepi pisang goreng frozen perkongsian oleh Nora Mohd Rawi.
Resepi Pisang Goreng Frozen, Bila Nak Makan Goreng Jer
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- Sedikit air
- Serbuk roti/ bread crumb
Cara-cara:
- Campur tepung beras, tepung gandum, garam dan air seperti bancuhan tepung goreng pisang.
- Golekkan diatas serbuk roti.
- Boleh terus digoreng atau disimpan beku..nak makan tinggal goreng saja.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer