Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Anak-Anak Suka Setiap Kali Buat, Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Udang Cheese Simple & Cepat

Anak-Anak Suka Setiap Kali Buat, Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Udang Cheese Simple & Cepat

Kategori:
Popia Udang Cheese

Petang-petang macam ni sedap juga kalau dapat makan sesuatu yang rangup contohnya seperti popia udang cheese ini. Kita biasa dengar popia udang sahaja sebelum ni kan? Bagaimana agak-agak rasanya bila diletakkan cheese. Kalau nak tahu, bolehlah cuba buat nanti ya!

Anak-Anak Suka Setiap Kali Buat, Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Udang Cheese Simple & Cepat

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar butter
  • 12 ekor udang dipotong kecik
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah dicincang halus
  • 1 batang lobak dihiris nipis
  • 1/2 biji sengkuang dihiris nipis
  • 1/4 biji kobis ungu
  • 1/2 sudu besar serbuk secukup rasa (maggi)
  • 5 tangkai daun sup di cincang halus
  • Kulit popia
  • Mozarella cheese
  • Sos cili thai

Cara-cara:

  1. Mula-mula cairkn butter, tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang. Kacau dan masak sehingga udang bertukar warna oren.
  3. Masukkan kobis, lobak dan sengkuang. Kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk secukup rasa maggi dan masak sehingga lobak dah tak keras.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup. Masak sekejap je dan terus tutup api.
  6. Ambik kulit popia dan letak inti di hujung dalam 1 sudu besar. Pastikan kulit popia dah dikeluarkan awal dari peti dan tidak sejuk.
  7. Letak mozarella cheese bahagian bawah dan atas. Nak letak banyak mana terpulang. Letak banyak lagi sedap.
  8. Gulung dan lipatkan.
  9. Hujung bahagian tu sapu sedikit dengan air supaya popia tak terbuka.
  10. Sekarang goreng popia. Pastikan minyak dah betul-betul panas.
  11. Ok dah siap.
  12. Selamat mencuba.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

tags: