Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Premium Thai Pandan Butter Cake, Gebu & Sangat Moist, Satu Slice Tentu Tak Cukup!

Resepi Premium Thai Pandan Butter Cake, Gebu & Sangat Moist, Satu Slice Tentu Tak Cukup!

Kategori: ,
Premium Thai Pandan Butter Cake

Kek Premium Thai Buttercake asyik viral sejak kebelakangan ini. Nampak ringkas sahaja tapi rasanya memang sedap dan gebu, tak puas pula makan.

Jika anda berminat untuk mencuba perisa lain, di sini kami berkongsi resepi premium thai pandan buttercake oleh Khairunnisa Mohammad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja, jom ketahui caranya!

Resepi Premium Thai Pandan Butter Cake, Gebu & Sangat Moist, Satu Slice Tentu Tak Cukup!

Bahan-bahan

  • 265 gram tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 biji telur ayam gred B
  • 200 gram salted butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gram gula kastor
  • 100 gram gula aising (boleh digantikan dengan susu pekat manis)
  • 1 sudu besar emulco pandan – dapatkan di sini
  • 1/2 sudu besar ovalet
  • 110ml santan atau susu segar

Cara-caranya

  1. Mix butter, gula, dan ovalet hingga kembang atau pucat dalam 6 hingga 7 minit dengan high speed.
  2. Masukkan telur satu-persatu sambil mix hingga sebati. Jangan lupa masukkan esen vanilla dan emulco pandan.
  3. Masukkan tepung sedkit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar atau santan. Teruskan mix dalam 2 hingga 3 minit.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
  5. Sediakan satu lagi loyang yang lebih besar. Letakkan kain basah dalam loyang tersebut. Kemudian, letakkan loyang kek di atasnya.
  6. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius, api atas bawah selama 45 minit. Kemudian, tukar kepada api bawah sahaja dan teruskan bakar selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak. Bakar di rak tengah.
  7. Bila kek dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian, keluarkan dari loyang. Boleh potong terus kalau nak makan. Kalau simpan semalaman dalam peti sejuk, makan esok, lebih sedap. Premium Thai Pandan Butter Cake Premium Thai Pandan Butter Cake

Sudah siap kek ini. Walaupun nampak ringkas tapi banyak juga langkah-langkahnya, kan? Yang penting berbaloi dan rasanya tidak akan mengecewakan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Marble Minyak Yang Dijual Hingga Laku Keras, Rupanya Ini Rahsianya!

tags: | | | | |