Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Pucuk Ubi Rangup, Krup Krap! Paling Best Dimakan Dengan Nasi Panas-Panas

Jom Cuba Resepi Pucuk Ubi Rangup, Krup Krap! Paling Best Dimakan Dengan Nasi Panas-Panas

Kategori: ,
resepi pucuk ubi

Orang kampung gemar sangat menanam tanaman pucuk ubi di sekitar rumah mereka. Sering dijadikan sebagai lauk-pauk, ianya terkenal dikalangan orang dahulu kerana mudah didapati dan enak untuk dimasak dalam pelbagai jenis resepi.

Lauk pucuk ubi masak lemak sering didapati di kedai makan. Bagi anda yang mencari kelainan tapi yang ringkas, boleh lah cuba resepi pucuk ubi rangup. Nampak sungguh mudah! Jom baca perkongsian resepi ini yang telah dikongsikan oleh W Marniza W Marzudi di laman Facebook.

Resepi Pucuk Ubi Rangup

Bahan-Bahan

  • Pucuk ubi
  • Cili kering (direbus dan ditumbuk, kisar tanpa air)
  • Ikan bilis
  • Bawang besar (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  1. Rebuskan pucuk ubi dalam air yang mendidih. Angkat dan tapis, biar betul-betul kering airnya.
  2. Panaskan kuali dengan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga betul-betul garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng cili yang telah dikisar sehingga betul-betul masak.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tambah dan kurangkan ikut citarasa diri sendiri.
  5. Campurkan dengan pucuk ubi. Goreng sampai nampak garing. Kalau perlu tambah minyak, tambah sikit sahaja.
  6. Letakkan ikan bilis dan bawang yang digoreng. Siap untuk dihidang. resepi pucuk ubiresepi pucuk ubi

Hidangan ini mudah sahaja untuk disediakan, ala-ala kampung gitu. Bagi anda yang malas nak makan nasi bersulam dengan lauk-lauk yang complicated, boleh lah cuba resepi ini. Dijamin berpuas hati, sesuai untuk anda yang minat dengan lauk kampung-kampung.

Kredit: W Marniza W Marzudi via MAHI OFFICIAL

Baca Juga: Ini Resepi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati

tags: