Jom buat puding buih gebu gebas ni sebagai pencuci mulut di hari raya. Resepi yang sangat mudah untuk dibuat. Anak-anak pasti suka.

Resepi Puding Buih Gebu Gebas, Pencuci Mulut Yang Sesuai Di Pagi Raya

Resepi Puding Buih

Bahan-bahan:

  • Agar2 tali 30 gram
  • Gula 1 1/2 cawan
  • Air 1 liter (jangan lebih, kurang takpe)
  • Daun pandan
  • Telur gred B 6 biji
  • Esen vanilla

Cara-cara:

  1. Satukan agar-agar tali, gula, air dan daun pandan. Masak sehingga likat sedikit. Kemudian masukkan warna kesukaan. Ketepikan.
  2. Asingkan telur putih dan telur kuning(jangan buang). Jangan ada campur sikit pun, buang pusat2 telur yang warna putih tu.
  3. Pukul putih telur menggunakan mixer sehinggal putih telur menjadi meringue, bila angkat adunan jadi bertanduk tak jatuh.
  4. Kemudian masukkan telur kuning sebiji2 sambil mixer. Pukul sehingga adunan pekat. (agak lama sedikit)
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi ke dalam telur buih. Masukkan esen vanilla satu penutup botol, pukul lagi.
  6. Pastikan adunan suam, jangan panas nanti tak jadi.
  7. Bila dan suam-suam, boleh letakkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.

Resepi kuah kastad vanilla

Bahan-bahan:

  • Susu cair 1 tin
  • Air sukat pkai tin susu – 2 tin
  • Susu pekat 1/2 tin @ kurang – ikut manis yg dikehendaki
  • Garam secubit
  • Cengkih 6-7 kuntum
  • Tepung kastard 1 sudu besar ( kacau dlm air skit)
  • Esen vanilla setutup
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ikut step. Biarkan sehingga menggelegak.
  2. Kemudian sejukkan dalam peti ais.
  3. Sedia untuk dimakan bersama puding buih.

Kredit: Salbiah Bee

Selamat mencuba!

(This post has been visited 3,124 times!)