Hey, Wasap geng! Teringin nak makan desert yang paling sedap dan sangat senang untuk dibuat? Jangan bimbang, saya ada idea untuk anda membuat puding karamel kerana ia memang disukai oleh kanak-kanak sehingga ke orang tua.
Jadi guys, macam mana cara hendak mendapatkan puding karamel yang bertekstur halus ini? Okay baiklah, saya ada resepi untuk membuat pudding caramel yang paling nikmat sehingga menjilat jari. Paling power lagi sedap! Jom, baca resepi saya dengan sebaik mungkin.
Bahan-bahan
- 4 biji telur saiz A (5 biji kalau saiz B)
- 1 tin susu cair
- 4 sudu besar gula (saya pakai sudu makan)
- 170 ml air
- Sedikit esen vanila
Cara-cara membuat pudding Karamel
- Mula-mula sediakan karamel dulu. Tapi sebelum tu, anda mesti menyediakan loyang atau bekas untuk masak puding.
- Untuk karamel, masukkan 5 sudu guladan 3 sudu air ke dalam kuali. Kacau sampai jadi warna perang. Agak-agak dah jadi warna perang tu, cepat-cepat masukkan dalam loyang. Ratakan karamel dan biarkan sejuk.
- Sekarang nak buat puding pulak.
- Ambil mangkuk ke besen ke, tapi saiz sederhana. Pecahkan telur dan gaul sebati. Masa gaul tu, jangan sampai berbuih. Gaul sampai pecah kuning je.
- Lepas tu masukkan susu cair, gula, air dan esen vanilla. Kacau semuanya sampai gula menjadi larut ye. Tapi pastikan ianya jangan sampai berbuih.
- Dah habis sebati semua, tapiskan adunan masuk dalam loyang yang dah dituang karamel awal-awal tadi. Kemudian bungkus loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit atau sampai masak.
- Kalau dah masak, biarkan sejuk dulu. Bila dah sejuk, terbalikkan loyang dengan berhati-hati. Kemudian jika anda nak lagi sedap dan rasa yang nikmat , letak dalam peti sejuk dan makan masa sejuk-sejuk. Pergh memang sedapsangat-sangatlah jawabnya.
Itulah resepi pudding caramel paling simple dan nikmat. Harap bermanfaat okay? Cuba sekali, Mesti buat lagi!!