Puding roti ini tekstur macam puding tapi rasa macam brownies. Resepi kali ini sangat bergantung pada jumlah serbuk agar-agar yang digunakan. Kalau nak tekstur lembut macam puding, guna hanya 1 peket serbuk agar-agar (10g), dan kalau nak tekstur lebih solid macam agar-agar dan rasa lebih macam brownies, boleh pakai 2 peket serbuk agar-agar (20g)
Cara Buat Puding Roti Ala Brownies
Bahan-bahan :
- 4 keping roti kering
- 4 cawan (1 litre) susu coklat/milo
- 1 cawan gula pasir (200g)
- 1/2 cawan (40g) serbuk koko/milo
- 1/2 cawan (100g) coklat masakan (dark/milk)
- 1 – 2 peket (10 – 20g) serbuk agar-agar (10g untuk teksture lembut macam puding & 20g untuk tekstur macam agar-agar)
- 1 biji telur kuning
* Guna acuan petak size 7 x 6 x 2.5 inci
* Basahkan bahagian dalam acuan sebelum masukkan puding supaya senang nak keluarkan puding apabila ia sudah set
* Lebih sedap apabila sejukkan puding semalaman sebelum dimakan
* Video resepi ini guna 1 peket serbuk agar-agar
Cara Penyediaan
- Masukkan roti kering, susu coklat, gula pasir, serbuk koko, telur kuning, serbuk agar agar dan kisar sehingga hancur dan sebati.
- Masukkan larutan puding dalam periuk untuk di masak ( guna api sederhana )
- Apabila puding dah panas, masukkan coklat masakan ( kacau sehingga mendidih)
- Masukkan dalam acuan (basahkan acuan di bahagian dalam)
- Sejukkan puding semalaman
SELAMAT MENCUBA !