Anda pernah tak nampak atau makan puding seri ayu yang comel ni? Puding ini bukan sahaja cantik, tapi rasanya juga sangat sedap. Kalau buat untuk jualan InshaAllah laku keras. Begitu juga kalau buat untuk apa-apa majlis. Pasti puding seri ayu ini yang habis dulu.
BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk agar-agar
- 3/4 cawan gula
- 4 cawan air
- 4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung..bancuh dulu dgn sedikit air
- 1 tin susu cair @ 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air..jadikan 2 cawan santan
- 3 helai daun pandan
- Secubit garam
- Pewarna hijau/ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. Masukkan gula, daun pandan dan kacau-kacau rata.
- Masukkan susu cair atau santan. Dan kacau lagi.
- Masukkan tepung kastard dan secubit garam. Kacau sebati hingga mendidih (sentiasa kacau).
- Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bekas. 1 bekas untuk putih, satu lagi warna hijau.
- Basahkan acuan seriayu, tuang yang warna putih separuh acuan/ agak-agak je. Tunggu sehingga sedikit beku.
- Kemudian barulah tuang adunan agar-agar yang warna hijau sehingga penuh acuan tu dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Apabila dah keras atau sejuk boleh keluarkan puding dari acuan.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera