Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Kongsi Rahsia Air Nescafe Yang Smooth Dan Penuh Berkrim. Padu Teruk Weh, Persis Barista Ternama!

Wanita Kongsi Rahsia Air Nescafe Yang Smooth Dan Penuh Berkrim. Padu Teruk Weh, Persis Barista Ternama!

Kategori: ,
resepi air nescafe persis barista ternama

Pasti ramai dalam kita yang menggemari Air Nescafe. Dalam sehari kalau tak minum minuman ini lain macam rasanya. Malah ada juga yang sampai empat hingga enam kali sehari minum. Mungkin dah sampai tahap ketagih, itu pun kalau minuman yang dibuat sedap. Sampai tak puas minum.

Sebut berkenaan Air Nescafe ini, ada seorang wanita di group Masak Apa Hari Ni berkongsi cara menyediakan air nescafe sedap dan smooth seakan barista ternama. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian Safillah Alivi di bawah ini.

Cara Buat Air Nescafe Yang Lembut & Berkrim, Memang Padu!

  1. Guna coffee jenis decaff. 
  2. Guna brown sugar. 
  3. Masukkan 4 sudu coffee dan 4 sudu brown sugar ke dalam bekas atau cawan. 
  4. Kemudian masukkan air panas 4 sudu. 
  5. Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan. 
  6. Mix sampai gebu macam ni. Bila nak pakai just ceduk je. 
  7. Hot cappuccino. Panaskan susu, letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni. Guna susu segar macam farm fresh atau dutch lady ye. Bukan susu pekat manis. Diabetes pula nanti. 

Mudah sahaja kan nak buat Air Nescafe yang lembut dan sedap berkrim ni? Lepas ni tak perlu dah nak pergi mana-mana Cafe atau pun barista ternama yang buatkan. Buat sendiri je dekat rumah. Yang penting ikut cara dan gunakan bahan yang betul.

Selamat mencuba!

Kredit: Safillah Alivi Via MAHN

Baca juga: Cara Nak Mula ‘Nikmati’ Rasa ‘Istimewa’ Kopi Kosong, Lebih Sihat Tanpa Gula & Susu!

tags: |