Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Rare’, Ini Cara Untuk Sediakan Puten Tradisi Wong Jowo, Sangat Famous Di Selangor.

Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Rare’, Ini Cara Untuk Sediakan Puten Tradisi Wong Jowo, Sangat Famous Di Selangor.

Kategori: ,,

Setiap etnik dan bangsa mempunyai masakan istimewa masing-masing. Jika orang Melayu sudah dikenali dengan pelbagai jenis rendang, masyarakat Cina pula sudah dikenali dengan kuih bulan. Manakala, antara makanan masyarakat India yang sudah dikenali adalah murukku.

Namun, masih banyak makanan masyarakat lain yang masih belum diterokai. Seperti dalam kalangan orang Jawa, punten tradisi merupakan hidangan yang sangat dikenali.

Nak tahu cara mudah untuk sediakannya? Jom baca resepi yang mudah dari pengguna Cahaya Kehidupanku.

Resepi Puten Tradisi Wong Jowo

Resepi Nasi Puten Tradisi

  • 1 cawan beras
  • 2 1/2 cawan air kosong
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Resepi Sambal Puten Pedas Berdesing

  • 200gm cili besar
  • 50gm cili padi (jika tak mahu yang pedas, guna cili hijau)
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit udang kering
  • Ikan bilis
  • Asam keping

Cara Penyediaan

  1. Untuk nasi puten, masak nasi seperti biasa dengan menggunakan bahan nasi. Jika mahu nasi halus, tumbuk beras terlebih dahulu sebelum dimasak.
  2. Kisarkan semua bahan sambal kecuali bilis.
  3. Kemudian, masukkan bilis dan kisar dengan cili tadi tapi sekejap sahaja.
  4. Masak atas kuali dengan api yang kecil sampai pecah minyak.
  5. Masukkan asam keping, perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

puten tradisiputen tradisi

Mudah sahaja untuk sediakan puten tradisi ini, kan? Bagi sesiapa yang ingin mencuba masakan jawa dan tak pernah cuba, boleh ikuti resepi ringkas ini.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Cahaya Kehidupanku via MAHN

Baca Juga: Sedapnya… Wajib Cuba Buat ‘Mee Jawa’ Ni, Banyak Kali Buat Pun Tak Puas Makan!

tags: |