Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ringkas Cucur Udang Maggi, Rasa Sedap Makan Sampai Tak Henti!

Resepi Ringkas Cucur Udang Maggi, Rasa Sedap Makan Sampai Tak Henti!

Kategori: ,
cucur udang Maggi

Biasanya, cucur terkenal dengan cara penyediaan tanpa bahan tambahan. Paling ramai suka cucur bawang kan? Tapi kali ini kami ingin kongsikan resepi yang lain dari lain. Bukan murtabak Maggi tapi cucur udang Maggi.

Kalau buat cara ni serius jadi sedap! Jom buat cucur udang Maggi ni bersama.

Resepi Ringkas Cucur Udang Maggi, Rasa Sedap Makan Sampai Tak Henti!

Bahan-Bahan:

  • 2 bungkus Maggi
  • udang
  • daun kucai
  • bawang besar
  • taugeh
  • cili merah
  • tepung gandum
  • sedikit ajinamoto
  • minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Ambil 2 bungkus Maggi perisa ayam. Celurkan Maggi tadi kemudian toskan. Dah siap letak tepi dulu.
  2. Ambil udang, daun kucai, daun sup dan bawang besar, taugeh dan cili merah. Potong lah ikut suka macam mana pun janji potong. Ketepikan dahulu.
  3. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum. Saya guna 2 cawan sahaja. Kalau nak banyak gandakan sahaja. Cara bancuh sama sahaja. Bancuh macam nak buat cucur yang selalu kita buat tu.
  4. Dah siap bancuh tepung tadi, boleh lah masukkan bahan-bahan yang telah siap kita potong awal tadi. Dan gaul rata.
  5. Dah siap gaul semua tadi, boleh lah masukkan bahan-bahan yang telah siap dicelur tadi.
  6. Dah siap gaul Maggi bersama tepung dan bahan-bahan lain tu, masukkan pula serbuk perencah ayam Maggi tu.
  7. Ini lah yang buatkan cucur kita rasa sedap. sikit dari yang lain. Masukkan 2 bungkus terus.
  8. Kalau rasa kurang apa-apa, bolehlah nak tambahkan garam ataupun aji sikit. Semua ini terpulang kepada selera.
  9. Kalau saya 2 bungkus serbuk perencah dah cukup takyah nak tambah tambah perasa dah.

Tips Tambahan:

  • Sebelum goreng tu, ambil sesudu minyak dalam kuali yang kita tengah panaskan untuk goreng cucur ni. Dia akan buatkan cucur kita jadi lebih garing dan sedap. Minyak yang telah panas tau. Masa kita tuang dari sudu tu dia akan bunyi macam masak-masak sikit.
  • Minyak pun dah panas, goreng lah macam biasa. Bentuk terpulang lah. Nak kecil ke nak besar ke tebal ke nipis ke ikut korang lah.

cucur udang Maggi cucur udang Maggi cucur udang Maggi

Dah siap cucur udang Maggi kita!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Ila Najwa

Baca juga: Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!

tags: | |