Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Rangup & Sedap, Memang Tak Puas Makan!

Resepi Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Rangup & Sedap, Memang Tak Puas Makan!

Kategori: ,
resepi roti bakar ala kopitiam

Roti Bakar ala Kopitiam ini memang sangat mudah dihasilkan. Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangat enak. Lebih enak lagi kalau dicicah dengan secawan kopi atau pun teh panas. Memang terasa sungguh nikmatnya.

Sebenarnya nak buat Roti Bakar ala Kopitiam ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Kalau roti keping dah nak tamat tempoh, elok sangat buat macam ni. Tak membazir dan anak-anak pasti suka. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian resepi dari EanHana Bakers di bawah ini.

Cara Buat Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Mudah & Sedap!

Cara penyediaan kaya homemade:

Bahan A:

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air

Bahan B:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula

Bahan C:

Cara Penyediaan:

  1. Hanguskan bahan A.
  2. Pukul sebati bahan B sehingga kembang.
  3. Campur bahan C dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan perlahan-lahan bahan B ke dalam A dan kacau hingga menggelegak.
  5. Kacau tanpa henti dan kemudian masukkan bahan C.
  6. Kacau tanpa henti sehingga pekat.
  7. Siap.

Cara penyediaan Roti Bakar ala Kopitiam: 

Bahan-bahan:

  • Roti keping/gardenia/sandwich
  • Sekaya
  • Mentega buttercup

Cara penyediaan:

  1. Potong bahagian tepi roti dan potong dua.
  2. Sapukan kaya pada roti hingga rata. Boleh lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap.
  3. Seterusnya ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong pula kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
  4. Susun potongan mentega di atas roti. Ambil pula sekeping roti lain dan tutupkan bahagian atas.
  5. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan baka pada suhu 200C selama 10-15 minit atau berdasarkan oven masing-masing.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Bakar ala Kopitiam ni. Kalau tak nak buat kaya tu, boleh je beli sekaya tu. Nak perisa apa-apa pun boleh. Atas selera masing-masing. Apa yang penting adalah jangan derhaka resepi. Yang mana belum cuba lagi tu, jom cuba sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: EanHana Bakers Via MATJHN

Baca juga: Ibu Ini ‘Stress’ Roti Asyik Tak Habis. Bila Buat Roti Bakar Macam Ni, Anak Makan Sampai ‘Licin’!

tags: | |