Roti chicken floss merupakan antara aneka roti yang mudah didapati di mana-mana bakeri. Menjadi kegemaraan ramai, bila dimakan, ianya sangat memuaskan.
Namun, tak semua roti chicken floss yang didapati enak kerana kurang kena dengan selera dan memiliki chicken floss yang kurang segar. Lebih baik buat sendiri. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian resepi oleh Ummi Atiyah Atif Kitchen.
Resepi Roti Chicken Floss Lembut Dan Gebu
Bahan-Bahan
- 500 gram tepung roti jepun (guna jenama ini)
- 400 gram susu segar full cream
- 30 gram susu tepung
- 40 gram gula kastor
- 6 gram instant yis
- 10 gram k-fine cream super
- 45 gram marjerin
- 1 atau 2 sudu kecil butter vanilla
- Chicken floss secukupnya
- Mayonis
Cara Penyediaan
- Masukkan tepung roti jepun, susu segar full cream, susu tepung tepung, gula kastor, instant yis, k-fine cream super, garam, marjerin, butter vanilla dalam bread maker. Uli sehingga adunan lembut dan elastik.
- Bahagikan doh dan bulat-bulatkan untuk bagi ia kemas dan permukaan atas doh. Masukkan setiap satu doh dalam papercup.
- Rehatkan doh dan bagi kembang 2 kali ganda.
- Bakar pada suhu 150C dalam oven selama 25 hingga 30 minit.
- Sapu permukaan roti dengan mayonis dan tekap dalam chicken floss. Siap untuk dinikmati.
Mudah sahaja untuk menyediakan roti chicken floss ala bakeri ini, kan? Buat sendiri di rumah lebih mudah dan puas hati sebab boleh dapat chicken floss yang lebih banyak, enak sahaja untuk dimakan.
Selamat mencuba resepi mudah ini. Memang sedap!
Kredit: Ummi Atiyah Atif Kitchen
Baca Juga: Rindu Nak Makan Roti Khurasan? Jom Buat Sendiri, Sangat Mudah Dan Pastinya Sungguh Sedap!