Roti Lasagna

Teringin rasa nak makan lasagna. Nak beli dekat kedai mahal. Apa kata kita buat sendiri. Caranya senang je dengan menggunakan roti.

Jika anda tahu lasagna ni merupakan makanan masakan Itali selain daripada pizza. Makanan ini sangat diegemari oleh semua. Ia sebenarnya merupakan pasta yang dipanggang dalam oven dan dilapis-lapis bersama isi-isi lain seperti daging, sayur-sayuran, ayam, seafood dan sebagainya mengikut selera tersendiri.

Berikut adalah cara buat roti lasagna mudah untuk anda cuba di rumah. Simple saja, sesiapa pun mesti boleh buat.

Bahan – bahan :

  • Planta
  • Roti keping
  • 3 biji telur
  • Gula & garam
  • Sos cili & tomato
  • Sayur campur
  • Serbuk lada hitam
  • Cream milk / Susu segar
  • Mozzarella cheese (diparut)
  • 1 biji bawan besar (dicincang)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • Daging/ayam cincang

Cara-Cara :

Sediakan Inti :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan daging cincang.
  2. Bila daging agak masak, masukkan sos cili, sos tomato, lada hitam, sayur campur, garam dan gula.
  3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan 3 biji telur dan Cream milk. Kacau sebati.
  2. Kemudian salut roti dengan telur dan susun di dalam loyang.
  3. Lapiskan roti tadi dengan inti. Taburkan Mozzarella cheese yang diparut.
  4. Ulang hingga 3 lapisan. (ulang langkah 2 &3).
  5. Akhir sekali, bakar selama 30 minit dengan suhu 170 celcius.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 35 times!)