ROTI SANGKAYA

Jom buat roti sangkaya ala-ala Boat Noddle. Resepi sukat pakai cawan je senang. Boleh buat sarapan pagi atau minum petang. Yang penting dapat banyak puas makan. Modal pun tak banyak. Roti kukus dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang buat selera kita bertambah-tambah.

Bahan – Bahan :
  • 6 helai daun pandan (dipotong)
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gadung
  • 1 sudu gula melaka
  • 3/4 santan kotak
  • Pewarna hijau
  • 1 biji telur
  • Roti
Cara – Cara :
  • Masukkan daun padang dan 1/2 cawan air kemudian kisar hingga halus
  • Tapiskan air pandan yang dikisar tadi
  • Masukkan 2 sudu besar gula, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu gula melaka dan 3/4 santan kotak
  • Kacau rata pada masa yang sama masukkan pewarna hijau dan 1 biji telur
  • Akhir sekali masakkan dengan api pelahan dan sentiasa kacau.

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 13 times!)