Teringin roti sosej auntie anne’s, tapi malas nak beratur panjang? Ini la masanya untuk anda mencubanya sendiri di rumah. Sekali sekala boleh la beli di kedai. Tapi jika anda mempunyai anak ramai dan mereka amat menyukainya lebih baik buat je sendiri di rumah. Lagi puas hati dan jimat.
Ini resepi roti sosej ala auntie anne’s yang dikongsikan oleh Nazri Ahmad. Jika ingin roti menjadi lebih lembut, anda disyorkan untuk menggunakan bread maker.
RESEPI ROTI SOSEJ ALA AUNTIE ANNE’S
BAHAN ROTI
- 500g tepung high protein
- 11g yis
- 80g gula halus
- 80g marjerin
- 2 sudu besar susu tepung
- 10g pelembut roti
- 1 biji telur greb B
- 1 sudu teh garam halus
- 250g air sejuk
BAHAN TOPPING GARLIC BUTTER SPREAD
- 150g butter
- 8 ulas bawang putih
- Sepohon daun ketumbar
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 sudu teh garam halus
CARA PENYEDIAAN
- Uli doh roti menggunakan bread maker.
- Sekiranya tidak ada bread maker, anda boleh uli semua bahan tersebut menggunakan tangan sahaja sehingga doh roti menjadi lembut. Kemudian, rehatkan sekejap doh roti.
- Bakar sosej dan golekkan sekejap di atas pan non stick.
- Masukkan semua bahan topping ke dalam chopper dan kisar sehingga hancur dan lumat.
- Kemudian, gulungkan doh roti pada sosej yang telah dibakar.
- Seterusnya, sapu topping yang kita kisar tadi pada roti.
- Bakar hingga roti masak sempurna. Siap untuk dihidang.
Mudah je rupanya nak buat roti sosej ala auntie anne’s. Lepas ini, tak perlu susah-susah nak beratur nak beli roti sosej. Buat je sendiri kat rumah, jimat dan sedap. Tentu anak-anak anda suka!
Selamat Mencuba!
Kredit foto dan resepi: Nazri Ahmad Via MAHN
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Mudah Roti Sosej Coney Ala A&W , Lebih Jimat Dan Sangat Puas Hati