Langkau ke kandungan

Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan

Resipi

3 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
resepi roti telur berhantu

Setiap kali beli roti, mesti tidak habis. Tarikh tamat tempoh sudah dekat, kalau tak dibuat ‘sesuatu’ dengan roti itu memang dibiar sampai berkulat lah jawapannya. Apa kata jom cuba buat roti telur berhantu ikut resepi di bawah. Memang ‘berhantu’ betul kalau buat macam ni, laju je habis sepinggan.

Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan

Bahan-bahan:

  • Roti 6 keping
  • Telur 2 biji
  • Susu

Cara-cara:

  1. Potong roti kepada empat.
  2. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat. Kacau sebati.Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan
  3. Celupkan roti kedua-dua belah.Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan
  4. Goreng tanpa minyak atau kurangkan minyak.
  5. Bila warna dah macam ni boleh angkat.Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan
  6. Sedap makan panas-panas.Resepi Roti Telur Berhantu, Buat Macam Ni Laju Je Habis Sepinggan

Mudah sahaja kan nak buat roti telur berhantu ini. Anak-anak mesti suka punya. Sekejap je habis kalau macam ni. Tunggu apa lagi tu? Jomlah kita masak sekarang!

Kredit: Bahiah Saripuddin

Baca juga: Anak-Anak Susah Makan? Jom Buat ‘Roti Telur Cheese’ Ini, Confirm Berselera Anak Makan!

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga