Buat penggemar makanan yang pedas jika tiada sambal dalam setiap hidangan pasti kurang menyelerakan kan? Terdapat pelbagai jenis sambal dekat tanah Melayu ini. Sambal garing, sambal belacan dan juga sambal belacan siam.
Nak cuba buat sambal belacan siam? Jom ikuti perkongsian resepi dari Rosmaliza Omar ini. Menurutnya resepi yang dikongsikan olehnya ni merupakan resepi rasmi keluarga. Setiap kali kenduri pasti sambal belacan ini akan ada. Malah ada juga kawannya yang buat jualan menggunakan resepi ini.
Cara Buat Sambal Belacan Siam Yang Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk cili padi merah
- 1/2 mangkuk cili padi hijau
- 1 labu bawang putih *
- 1 labu bawang besar holland *
- 1 inci belacan *
- 1/2 cawan air asam jawa
- 5-6 sdb cuka makan
- Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bakar bahan-bahan yang bertanda *.
- Kemudian kisar semua bahan-bahan yang dibakar bersama dengan cuka dan air asam jawa.
- Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata-rata dan nampak berkilat.
- Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam yang dicelur.
Mudah sahaja kan nak buat Sambal Siam ini? Lepas ni kalau nak buat jualan guna resepi ini pun boleh. Pasti laku keras sebab rasa dia memang power!
Selamat mencuba!
Kredit: Rozmaliza Omar Via MAHN
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Rahsia Sambal Belacan Berserta Tips , Makan Dengan Telur Goreng Pun Padu Tau!