Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

Resipi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

Kategori: ,
sambal goreng jawa

Sambal sudah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Setiap individu mempunyai resepi dan kelainan masing-masing.

Di sini, kami ingin berkongsi resepi sambal goreng jawa yang telah dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Nampak sangat menyelerakan, jom cuba!

Resipi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

Bahan-bahan

  • Kacang panjang (dihiris nipis serong)
  • Tauhu (potong dadu dan goreng)
  • Kentang (potong dadu kecil dan goreng)
  • Tempe (potong dadu dan goreng)
  • Bawang merah (hiris dan goreng, asingkan)
  • Bawang putih (hiris dan goreng, asingkan)
  • Halia (hiris nipis-nipis sedikit sahaja)
  • Cili merah atau hijau besar (hiris)
  • Ikan bilis (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Suun (goreng atau rebus pun boleh)
  • Pucuk tauhu (rendam atau rebus sampai lembut, toskan)
  • Santan kotak (setengah kotak, tak perlu banyak)
  • Garam
  • Gula (ikut citarasa)
  • Kicap manis
  • Serbuk perasa sambal goreng jawa sambal goreng jawa

Cara-caranya

  1. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan santan, halia, bawang yang telah digoreng.
  2. Kemudian, tambahkan kicap, garam, perasa, gula, kacang panjang, tempe, tauhu, kentang, suun, pucuk tauhu. Gaul sehingga rata.
  3. Kemudian, matikan minyak dan toskan minyak.
  4. Siap dan hidangkan untuk semua. sambal goreng jawa

Dah siap sambal goreng jawa ini, ia paling sedap bila digaul bersama nasi putih dan dimakan dengan begitu sahaja. Sedapnya tak terkata!

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.

Kredit: Nor Seri Azlina Bustani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Lada Hitam, Makan Pula Dengan Sambal Totok Jawa, Memang Ngam!

tags: | | |