Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis, Sekali Cuba Pasti Asyik Tambah Hingga Habis Licin

Resepi Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis, Sekali Cuba Pasti Asyik Tambah Hingga Habis Licin

Kategori: ,
Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis

Jering merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai dimakan mentah, direbus atau digunakan dalam pelbagai masakan. Bau dan teksturnya sangat sama dengan petai tapi ia juga mempunyai rasa yang enak dan khasiatnya.

Dahulu, sambal jering sering dimakan oleh nenek moyang kita. Sekarang, hidangan itu sangat jarang sudah disediakan. Jika anda ingin mencubanya, di sini kami ingin berkongsi resepi sambal hijau berlada jering bersama ikan bilis yang telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja, jom ketahui caranya.

Resepi Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis, Sekali Cuba Pasti Asyik Tambah Hingga Habis Licin

Bahan-bahan

  • Jering tua (direbus hingga empuk dan dihiris-hiris)
  • Ikan bilis yang lembut
  • 6 tangkai lada besar hijau
  • Segenggam lada akar hijau (1/4 dihiris. Selebihnya ditumbuk kasar)
  • 3 biji bawang besar ( 1 biji potong dadu, 1 biji dimayang dan 1 biji ditumbuk kasar)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • Maggi secukup rasa
  • Sedikit gula perang
  • Minyak masak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  3. Tumiskan semua bahan tumbuk dan cili yang dihiris-hiris.
  4. Masukkan jering yang direbus tadi.
  5. Goreng sehingga lada semua benar-benar masak dan garing.
  6. Perasakan dengan garam, Maggi secukup rasa.
  7. Masukkan bawang yang dimayang dan sedikit gula perang.
  8. Bila semua dah masak, tutupkan api dapur.
  9. Akhir sekali, baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi supaya ikan bilis kekal garing.

Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan BilisSambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis  Sambal Hijau Berlada Jering Bersama Ikan Bilis

Dah siap akhirnya hidangan ini. Kan betul sahaja ia sangat mudah untuk disediakan? Hidangan ini enak dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi putih yang masih lagi panas-panas. Sedapnya tak boleh dibawa bincang!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Uwan Nolly Epin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

tags: | | | |