Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering, Sedap & Tahan Lama. Sesuai Untuk Orang Malas!

Jannah by Jannah
Mac 24, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
resepi sambal ikan bilis garing
281
SHARES
281
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sambal Ikan Bilis Kering ni bukan sahaja boleh dimakan  dengan nasi sahaja. Tetapi ia juga boleh dimakan bersama-sama ubi rebus, nasi himpit, roti keping dan lain-lain makanan yang sesuai. Cara nak membuatnya amat mudah. Tidak terlalu rumit. Dan yang lebih menarik lagi, sambal ni boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama.

BacaJuga

sambal

“Order Nasi Lemak, Tapi Sambal…”, Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Yang Dibelinya ‘Kosong’

Mei 17, 2022
221
cara-goreng-ikan-bilis-rangup

Ini Dia Cara Untuk Ikan Bilis Kekal Rangup ‘Krap Krup Krap’ Walaupun Dah Di Cuci Bersih!

Mei 2, 2022
249

Nak cuba buat Sambal Ikan Bilis Kering ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi yang lengkap dan mudah di bawah ini. Sekali buat boleh buat banyak terus. Kalau lapar masak nasi putih dan makan je dengan ikan bilis ni. Sedap tau!

Cara Buat Sambal Ikan Bilis Kering Yang Mudah Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN :

  • 100-150 gram ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 keping asam keping

Bahan Kisar :

  • 3 biji bawang besar | saiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kering kisar

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing. Ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal, nanti lambat garing.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar sehingga masak dan berbau wangi.
  3. Masukkan pula cili kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga ianya benar benar masak dan garing. Cili masak apabila telah terbit minyak dan kelihatan berbuih.
  4. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sejukkan. Sendengkan kuali untuk membuang lebihan minyak.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siap.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Ikan Bilis Kering ni? Bukan sahaja sesuai untuk dijadikan lauk segera namun juga sangat sesuai dijadikan menu untuk bersahur. Kalau ada yang malas nak masak waktu sahur, bolehlah buat sambal ini. Sangat mudah dan sedap!

Selamat mencuba!

Sumber resepi : Aziekitchen

Sumber Gambar : mori kitchen

Baca juga: Resepi Mudah Dimsum Guna Kulit Popia Je, Menjadi & Sangat Sedap. Sekali Hidang Terus Licin!

3/5 (2 Reviews)
Free Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download redmi firmware
Tags: ikan bilisresepi sambal ikan bilissambalsambal ikan bilis kering
Share281TweetSend

Related Posts

DENDENG DAGING ASLI PADANG
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah

Mei 24, 2022
3
nasi tomato
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

Mei 24, 2022
322
acar umbut kelapa
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Acar Umbut Kelapa, Rasa Lemak, Manis & Crunchy, Sedap Sangat!

Mei 23, 2022
39
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist