Masyarakat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan sambal, pelbagai jenis sambal menjadi kegemaran ramai. Antara yang mendapat tempat di hati penggemar kentang adalah sambal kentang.
Menikmati sambal kentang bersama dengan nasi panas menggamit memori zaman kecil dahulu. Bahkan boleh tambah nasi sehingga berpinggan-pinggan, sungguh menyelerakan.
Jom kita ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh @darlinelly di akaun TikToknya.
Sedapnya Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Ini Resepi Sambal Kentang Yang Menyelerakan Menjadi Kegemaran Ramai Sepanjang Masa
Bahan-bahan
- 3 biji bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- Cili padi (agak-agak)
- 3 biji kentang
- Ikan bilis
Cara Penyediaan:
- Kisar semua cili dan potong 3 biji kentang mengikut citarasa masing-masing.
- Goreng kentang yang telah dipotong ke dalam minyak panas sehingga keperang-perangan, angkat dan toskan.
- Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
- Goreng cili yang telah di kisar ke dalam minyak tadi, masukkan garam, gula dan sedikit perasa kedalam masakan.
- Campurkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi ke dalam kuali berisi cili tadi.
- Kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan siap untuk dihidang.
Akhirnya, sudah siap sambal kentang yang menjadi kegemaran ramai ni, mudah je nak buat bahan-bahan pun senang cari. Bukan isteri je boleh buat suami pun boleh bila lagi para suami nak tunjuk kehebatan memasak kan?
Untuk kefahaman yang lebih, boleh juga lihat video yang telah dikreditkan.
Kredit: darlinelly
Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Meletop, Menu Kesukaan Ramai. Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta