Dengan berbaki beberapa hari lagi untuk menyambut Syawal, pasti ramai yang ambil kesempatan untuk adakan potluck atau sambutan Hari Raya saat akhir dengan rakan dan keluarga.
Kalau dah ramai yang volunteer bawa makanan berat untuk potluck, apa kata anda buat sandwich inti tebal yang lazat?
Sedap tapi ringkas, pasti ramai penggemar sandwich ni tak kira muda atau tua. Dah alang-alang buat, mesti kita nak hidangkan yang terbaik, kan?
Anda sendiri pun pasti puas bila rasa sendiri sandwich dengan isi yang penuh dan seimbang dengan sayur dan protein.
Jom kita lihat resepi sandwich inti tebal dan mengenyangkan yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Masak Apa Hari Ni!
Resepi Sandwich Inti Tebal Yang Lazat dan Mengenyangkan
Bahan-bahan :
- 4 keping roti wholemeal bread
- 2 keping lof daging ayam
- 6 hirisan timun jepun (selepas hiris, lap supaya tak berair)
- Lada hitam
- 6 hirisan lobak merah
- 2 helai daun salad (basuh dan keringkan)
- 1 keping keju
- Sos bijan panggang
Cara-Cara :
- Panggang sekejap roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Sapukan sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.
- Kemudian letak helaian daun salad
- Letakkan satu keping lof daging ayam. (goreng dulu lof daging ayam atas kuali sehingga masak)
- Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
- Letakkan satu kepingan keju.
- Letakkan lobak merah yang sudah digaul dengan 1 sudu besar mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
- Susun hirisan timun jepun.
- Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
- Letak sedikit sos bijan panggang.
- Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
- Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik.
Mudah saja nak buat sandwich ni rupanya. Rasa setaraf macam sandwich dekat hotel tau! Kalau mak-mak nak buat sandwich ni untuk potluck atau bekal anak-anak ke sekolah pun boleh. Kanak-kanak pun pasti suka. Berkhasiat dan mengenyangkan, jom cuba resepi ni!
Sumber : Zurina Zulkefli via Masak Apa Hari Ni