Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!

Resipi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!

Kategori: ,
Rsardin homemade guna pressure cooker

Siapa penggemar sardin di sini? Jika dahulu, hidangan ikan sardin dalam tin memang menjadi penyelamat ketika ingin berjimat. Tapi sardin pun dah naik harga kan sekarang dalam ekonomi yang terumbang ambing ni. Jadi, kita boleh cari jalan lain untuk berjimat kan?

Untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi resepi dan cara untuk buat sardin homemade guna pressure cooker. Menarik kan? Buat banyak-banyak lepastu simpan dalam bekas. Kualiti kebersihan terjamin, itu yang pasti.

Bagi sesiapa yang ada pressure cooker, cuba buat cara ini ya. Jom ikut perkongsian daripada Tsu Feh Sufiah di laman Facebooknya ini.

Resipi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!

Bahan-Bahan:

  • 1 kilogram ikan selayang atau makerel
  • 1 biji bawang besar holland
  • 1 biji tomato
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air guna tin tomato puree
  • 3 senduk minyak masak
  • 5-6 biji cili padi kalau nak pedas
  • 2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang besar holland, tomato dan 5 ulas bawang putih.
  2. Campurkan bahan kisar dengan tomato puree, air tin tomato puree, minyak masak, cili padi ikut kuantiti kepedasan dan garam. Masuk semua dalam periuk.
  3. Dan letakkan ikan selayang atau makerel tadi.
  4. Set pressure cooker dalam 60 minit.
  5. Siap!

Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat! Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat! Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat! Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat! Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!

Okay, siap dah sudah hidangan sardin homemade guna pressure cooker ni. Memang mudah sangat kan? Campur semua bahan, set minit dan tunggu sahaja sehingga siap. Boleh letak dalam bekas-bekas ikut suka masing-masing.

Tinggal goreng telur dan makan dengan nasi panas-panas. Perghhhh memang mantap rasanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati semuanya.

Sumber: Tsu Feh Sufiah

Baca juga: Cara Buat Kuih Bakar Air Fryer Super Simple, Tetap Lembut Dan Rasa Isi Berlemak, Cubalah!

tags: | |