Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sayur Rebus Kulit Tembikai, Hidangan Unik Tapi Sedap & Tak Membazir!

Resipi Sayur Rebus Kulit Tembikai, Hidangan Unik Tapi Sedap & Tak Membazir!

Kategori: ,
sayur rebus kulit tembikai

Korang pernah dengar tak orang masak kulit tembikai? Ataupun korang sendiri pernah buat? Bagi yang tidak mengetahui, kulit tembikai memang boleh makan setelah dimasak. Bagi yang baru ingin mencuba, jom kita try resepi masakan yang dikongsi oleh Puteri Santubong ini.

Sayur rebus kulit tembikkai merupakan salah satu sajian yang murah dan mengelakkan pembaziran. Selain dimakan isi buahnya yang manis, kulitnya juga boleh dimasak dan dimakan bersama nasi. Sedap tau!

Puteri Santubing ada berkongsikan resepinya, mari kita cuba!

Resipi Sayur Rebus Kulit Tembikai, Hidangan Unik Tapi Sedap & Tak Membazir!

Bahan-Bahan:

  • kulit tembikai
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api
  • 1 batang serai
  • garam secukup rasa
  • sedikit cili giling
  • serbuk lada hitam – jika suka
  • sedikit belacan – jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Ambil kulit tembikai. hiris buang kulit luar berwarna hijau.
  2. Untuk memasak sayur ini, hanya ambil bahagian hijau muda dan lembut sahaja.
  3. Potong kulit tembikai tadi kecil-kecil supaya cepat lembut bila dimasak.
  4. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili api.
  5. Ketuk serai. Pada masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
  6. Masukkan bahan yang ditumbuk dan juga serai tadi ke dalam air rebusan.
  7. Masukkan sayur kulit tembikai yang sudah dihiris.
  8. Perasakan dengan garam. Empunya resepi juga masukkan sedikit cilii giling (hujung sudu) untuk nak bagi warna air rebusan jadi sedikit merah.
  9. Masak sehingga kuliit tembikai lembut. Angkat dan boleh dihidangkan.

Info Tambahan: Jika mahu rasa sayur lebih pedas. Boleh lebihkan cili padi atau boleh juga menambah lada hitam tumbuk. Jika suka, boleh juga masukkan belacan mengikut selera masing-masing.

sayur rebus kulit tembikai sayur rebus kulit tembikai sayur rebus kulit tembikai

Selain itu, perkongsian seorang netizen bernama Siti juga mengatakan masakan itu sedap.

“Pelik sangat ke kalau kita makan kulit tembikai.. tembikai mahal weh sekilo RM3.. kulit pun tak sanggup nak buang . Masak tumis pedas-pedas sikit licin semangkuk”, katanya.

sayur rebus kulit tembikai

Hidangan sayur rebus kulit tembikai sudah siap! Ia tak pelik, bahkan sedap dan menjimatkan!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Puteri Santubong

Baca juga: Cara Dapatkan Sambal Nasi Lemak Warna Merah Cantik, Yang Penting Pekat & Sedap!

tags: | |