Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Seri Muka Durian Yang Sedap & Mudah, Sungguh Berlemak Dan Menyelerakan!

Resipi Seri Muka Durian Yang Sedap & Mudah, Sungguh Berlemak Dan Menyelerakan!

Kategori: ,
resepi seri muka durian

Seri muka merupakan antara kuih tradisional Melayu lama yang masih lagi digemari oleh kebanyakan dari kita. Kuih ini juga turut dikenali sebagai Kuih Talam. Terdapat banyak jenis dan yang paling banyak dijual dan dilihat oleh orang ramai adalah Seri Muka Pandan.

Walaupun begitu, Seri Muka Durian lebih sedap tau. Dipenuhi dengan rasa lemak dari santan dan juga durian. jika anda penggemar durian, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda, nak buat yang dalam loyang atau kecil-kecil seperti yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi ini.

Cara Mudah Buat Seri Muka Durian Yang Berlemak Dan Sedap!

Bahan Lapisan Bawah:

  • 2 cawan beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)
  • 2 cawan santan
  • 2 sdb minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan Lapisan Atas:

  • 1 cawan durian
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Tapis beras pulut. Masukkan dalam loyang bersama bahan lapisan bawah yang lain.
  2. Kukus hingga pulut masak.
  3. Kisar semua bahan lapisan atas, masukkan ke dalam periuk dan masak atas api kecil.
  4. Kacau-kacau agak-agak periuk panas angkat.
  5. Tekan-tekankan pulut dan padatkan.
  6. Tuan bahan lapisan atas ke atas pulut tadi.
  7. Kukus selama 40 minit, sejukkan dan baru potong.

Kukus Dalam Acuan:

  1. Boleh guna saiz lompang yang besar.
  2. Sapu acuan dengan minyak.
  3. Lenyekkan pulut dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekankan dan ratakan.
  4. Isi pulut separuh acuan dan kukuskan dahulu sekejap.
  5. Kemudian tuang adunan lapisan atas dan kukus pula selama 10 minit dengan menggunakan api besar. Untuk 5 minit terakhir guna api yang sederhana.
  6. Apabila kuih dan sejuk baru keluarkan dari acuan.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan cara nak menyediakan kuih Seri Muka Durian ini. Anda yang tidak mahir memasak pun boleh cuba tau buat kuih ni. Kalau menjadi dan sedap bolehlah dibuat jualan atau lebih baik lagi dibahagikan kepada jiran.

Selamat mencuba!

Kredit: Noraslinda Md Radzhi Via MAHN

Baca juga: Resepi Kuih Tradisional Kaswi Gula Merah, Dijamin Sedap!

 

tags: | | |