Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Shellout Untuk 3 Orang Makan, Hidangan Senang Masak Bersama Kawan!

Resipi Shellout Untuk 3 Orang Makan, Hidangan Senang Masak Bersama Kawan!

Kategori: ,
Shellout Untuk 3 Orang Makan

“Banyak kali repeat buat shellout sebab geng kerja kata sedap. Jadi di sini saya sertakan resepi dekat bawah. Saya buat shellout untuk 3 orang makan, kalau nak ramai boleh lebihkan bahan,”.

Itulah kata-kata perkongsian seorang wanita yang berkongsi resepi permintaan ramai kerana menu shellout yang dibuatnya sentiasa laku keras.

Jadi, untuk yang nak masak bersama kawan dan makan sekali tu, boleh lah cuba resepi Shellout untuk 3 orang makan ini!

Shellout Untuk 3 Orang Makan

Bahan-Bahan:

  • Ketam, udang, kerang, kepah (nak bubuh seafood lain pun okay)
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • segengenggam cili kering – direbus
  • 6 biji cili api (kalau tak suka pedas, tak payah letak)
  • Halia sebesar ibu jari
  • 3 batang serai
  • 3 keping asam keping
  • daun kari, daun limau purut
  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu serbuk pati ayam / 3 ketul kiub pati ayam (kalau dah letak pati ayam, tak payah letak dah garam, gula, ajinamato sebab pati ayam pun dah cukup rasa dah
  • brokoli, babycorn, bunga kubis, carrot – dicelur jangan sampai lembik
  • jagung – nak lletak boleh, tak nk letak tak apa. Tapi saya tak letak. Tak berapa kena.

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, 2 batang seraii, cili api, cili kering sampai halus.
  2. Rebus seafood tadi, air rebusan jangan buang.
  3. Panaskan minyak, masukkan 1 serai yang diketu, masukkan bahan kisar tadi. Masak sampai pecah minyak. Lagi air rebusan, buat macam tadi sampai air rebusan tu habis.
  4. Bila dah habis masuk air rebusan dan pecah minyak. Masukkan asam keping, sos cili, sos tiram, serbuk kari, serbuk cilli, serbuk kunyit, serbuk pati ayam @ kiub pati ayam.
  5. Masukkan daun limau purut dengan daun kari.
  6. Masukkan seafood, gaul bagi rata.
  7. Masukkan sayur tadi dan gaul. Siap!

Shellout Untuk 3 Orang Makan Shellout Untuk 3 Orang Makan

Okay, dah siap Shellout untuk 3 orang makan! Bolehlah nanti buat sama-sama dengan orang tersayang!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Zubaidah Zue;’ha

Baca juga: Resepi Hati Lembu Masak Pengantin, Tabur Cili Padi, Makan Dengan Nasi Panas, Memang Sedap!

tags: | |