Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Sotong Ketuk Serai Kuah Hitam Yang Patut Dicuba, Paling Penting Mudah & Sedap

Ini Resepi Sotong Ketuk Serai Kuah Hitam Yang Patut Dicuba, Paling Penting Mudah & Sedap

Kategori: ,
RESEPI SOTONG KETUK SERAI KUAH HITAM 1

Bagi pengemmar lauk sotong, mesti pelbagai resepi sotong yang sudah dicuba. Ada yang mudah, ada pula yang memerlukan beberapa langkah dan penyediaan yang lama, namun semuanya tetap sedap dan memikat selera.

Untuk anda yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menyediakan hidangan yang memerlukan banyak langkah dan bahan, boleh lah cuba resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini. Jom baca perkongsian resepi ini oleh Salwati Osman di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Resepi Sotong Ketuk Serai Kuah Hitam

Bahan-Bahan

  • 1 kilo sotong
  • 6 batang serai (diketuk)
  • 6 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • Gula merah atau manisan
  • Garam
  • Perasa (dapatkan yang ini)
  • Cili hijau atau cili api

Cara Penyediaan

  1. Sotong dibersihkan, sebahagian dari dakwat dibiarkan.
  2. Masukkan sotong ke dalam periuk, masukkan air separas dengan sotong (jangan terlalu banyak, nanti kuah jadi tak sedap.), bawang merah, bawang putih dan serai ke dalam periuk.
  3. Jerang atas dapur dan kacau sekali sekala.
  4. Bila kuah dah hampir mengelegak, masukkan garam, manisan dan perasa mengikut citarasa diri sendiri.
  5. Masukkan cili jika nak lebih pedas. Dah mengelegak boleh angkat. (Jangan bagi lama di atas dapur, nanti sotong menjadi keras) RESEPI SOTONG KETUK SERAI KUAH HITAM 1 RESEPI SOTONG KETUK SERAI KUAH HITAM 1

Mudah sahaja, kan? Dengan beberapa langkah sahaja anda dapat menikmati lauk sotong yang enak ini. Peminat lauk sotong wajib cuba resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini. Sangat menyelerakan dan sesuai dimakan bersama sepinggan nasi putih.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Salwati Osman via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Resepi Pes Ikan Bakar Ini Pernah Mencapai 14K Perkongsian di Laman Sosial 5 Tahun Lepas

tags: |