Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas. Mudah & Cepat Disediakan, Yang Malas Masak Patut Cuba!

Azreen by Azreen
September 25, 2021
in Lauk Pauk, Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
thumnail sotong masak hitam pedas
2
SHARES
29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah cuba resepi sotong masak hitam pedas? Resepi ini sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Hasilnya juga cukup sedap dan menyelerakan. Pada sesiapa yang malas nak masak tapi nak makan lauk yang sedap, patut cuba resepi sotong masak hitam pedas ini. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya.

BacaJuga

resepi sotong masak hitam siti sarah

Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

Disember 4, 2023
240
bau hanyir sotong

Cara Hilangkan Bau Hanyir Sotong Yang Sangat Mudah Dengan Menggunakan Satu Bahan Rahsia Sahaja!

Oktober 11, 2023
325

Untuk tahu lebih lanjut bahan dan cara membuat sotong masak hitam pedas, jom ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini. Yang tak pernah rasa lauk ini, bolehlah cuba buat.

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Bahan-bahan:

  • Sotong – 500gm
  • Dakwat sotong
  • Cili kisar – 5 sudu besar
  • Perahan asam jawa – 1 sudu besar
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Halia – 1 cm (dihiris)
  • Lengkuas – 1 cm (dihiris)
  • Daun limau purut – 2 keping
  • Serbuk belacan – 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau – 10 batang
  • Bawang putih – 3 atau 4 ulas (diketuk)
  • Bawang besar – 1 biji (dipotong bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyitsotong masak hitam pedas

Cara-cara memasak:

  1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2 – 3 minit). Kemudian toskan.sotong masak hitam pedas 5sotong masak hitam pedas 6
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.sotong masak hitam 7
  3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan. Diikuti dengan perahan air asam jawa.sotong masak hitam pedas 8
  4. Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika.sotong masak hitam pedas 9
  5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.sotong masak hitam pedas 10
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.sotong masak hitam pedas 3

Sotong masak hitam pedas ini mempunyai keenakannya yang tersendiri. Bahan memasak yang digunakan juga mudah diperolehi kerana hanya menggunakan bahan asas memasak sahaja. Ada yang rasa ragu-ragu nak makan hidangan ini sebab dimasak dengan dakwat sotong dan ada juga yang mengatakan dakwat sotong ini haram, tapi kalau diikutkan pandangan mufti hukumnya harus. Boleh kalau nak makan.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
free download udemy course
download mobile firmware
Tags: masak hitamsotongsotong masak hitamsotong masak hitam pedassotong pedas
ShareTweetSend

Related Posts

resepi sotong masak hitam siti sarah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

Disember 4, 2023
240
Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori

Disember 4, 2023
40
resepi air asam telur rebus viral
Resepi

Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk

Disember 3, 2023
419
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist