Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Kategori: ,

Selain terkenal dengan budaya tradisi orang Kelantan, pantai yang cantik dan pusat membeli-belah, siapa sahaja yang tidak tahu bahawa Kelantan juga merupakan tempat “syurga makanan”.

Tidak lengkap rasanya kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni kalau tak cuba pelbagai jenis makanan. Mungki disebabkan lokasi geografi Kelantan yang bersebelahan dengan Thailand, banyak makanan menarik yang patut dicuba.

Salah satu resepi yang paling digemari rakyat Kelantan adalah sotong singgang ketuk serai. Resepi ini telah dikongsi oleh Yanee. Nampak sedap sangat walaupun simple je.

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

kelantan

Bahan-Bahan

  • 8 -10 ekor sotong yang telah dibersihkan. Asingkan kepala dan badan. Kalau sotong katak , dia ada perut yang perlu dibuang
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana dimayang
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 cm halia muda
  • 1 batang serai besar
  • Secukup rasa garam,gula dan serbuk perasa(jika mahu)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji lada jika mahu pedas

Cara Penyediaan

  1. Didihkan bawang merah,bawang putih,serai,halia,asam gelugor.Bila dah mendidih masukkan sotong dan masak sehingga isi sotong mula menjadi putih.Tak perlu dimasak terlalu lama untuk elakkan isi sotong menjadi liat
  2. Perasakan dan masukkan lada jika mahu sedikit pedas. Biasanya sotong masak singgang ini dimakan dengan ulam-ulaman serta budu.

Menerusi perkongsian Yanee juga, dia memberitahu bahawa terdapat dua jenis kuah iaitu warna putih dan warna hitam. Bagi yang gemar kuah warna hitam boleh masukkan sekali dakwat sotong tersebut.  Untuk kuah yang lebih sedap dan pekat, boleh guna sotong bersaiz besar.

Dah siap sotong singgang ketuk serai kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang ingin mencuba.

Sumber: Yanee

Baca juga: Harga Sotong Kedai Mamak Mahal? Ini Resepi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar, Korang Kena Cuba!

tags: | | |