Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Sumbat Masak Merah, Sekali Gigit Pasti Nak Lagi. Padat & Padu Rasanya!

Resepi Sotong Sumbat Masak Merah, Sekali Gigit Pasti Nak Lagi. Padat & Padu Rasanya!

Kategori: ,
sotong sumbat masak merah

Biasanya, kita masak sotong dengan cara goreng kunyit atau berkuah kan? Kali ini, jom kita buat versi sotong sumbat pula ya. Memang sedap. Nampak pun dah rasa lemaknya. Jika ada sotong di rumah, boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni.

Resepi sotong sumbat masak merah ini dikongsi oleh Uya Masbah. Jom buat sama-sama!

Resepi Sotong Sumbat Masak Merah, Sekali Gigit Pasti Nak Lagi. Padat & Padu Rasanya!

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor sotong
  • bawang besar – dikisar
  • bawang kecil – dikisar
  • bawang putih – dikisar
  • halia – dikisar
  • 4 biji telur
  • 1 biji lada besar merah – dihiris
  • 1 biji lada besar hijau – dihiris
  • 1 batang daun bawang
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 ketul kiub ayam
  • 5 sudu besar cili kering – dikisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam
  • serbuk perasa

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam.sotong sumbat masak merah
  2. Pastikan kiub ayam hancur. Gaul sehingga sebati.sotong sumbat masak merah
  3. Panaskan minyak dah goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan. sotong sumbat masak merah
  4. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau.sotong sumbat masak merah
  5. Masukkan garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kualii dan kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
  6. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dapat sotong sehingga padat.
  7. Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak terkeluar.
  8. Bila cili dah pecah minyak, maasukkan sos cili, dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
  9. Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.
  10. Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut.
  11. Bila sotong dah masak, boleh padamkan api. Siap!sotong sumbat masak merahsotong sumbat masak merah

Dah siap hidangan sotong sumbat masak merah kita. Bolehlah try dan rasai sendiri kenikmatan sotong ni. Padu sangat tau!

Sumber: Uya Masbah 

Baca juga: Resepi Tradisional Kerabu Pucuk Paku Kerang, Rasa Masam Manis Makan Dengan Nasi Memang Tambah Selera Makan

tags: | |