Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda!

Ini Dia Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda!

Kategori: ,

Spaghetti Carbonara Tomyam merupakan antara resepi lain dari lain. Jarang sekali ada di jual di kedai, ia merupakan antara hidangan yang sangat enak dan menyelerakan. Rasanya masam manis pedas dan penuh berkrim pasti akan memekat selera anda serta anak-anak.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Aein Mohamad di bawah ini. Tak menyesal punya lepas cuba nanti. Hari-hari terasa nak buat tau.

Cara Buat Spaghetti Carbonara Tomyam Yang Sedap Dan Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

(untuk 3 orang makan)

  •  2 sudu besar buttercup
  •  5 ulas bawang putih (cincang halus)
  •  Cendawan butang
  •  Cili padi (kalau nak pedas)
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang.
  3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
  4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
  5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
  6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
  7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

Untuk ayam grilled pula : Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

P/s : Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.

resepi spaghetti carbonara tomyam

Mudah sahaja kan nak buat Spaghetti Carbonara Tomyam ini? Nanti kalau dah buat, jangan lupa kongsikan kesedapannya dengan jiran-jiran ya. Pasti mereka suka punya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: aein mohamad

Baca juga: Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak

tags: | |