Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Berbau Pun Tidak! Memang Puas Hati Sangat

Resepi Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Berbau Pun Tidak! Memang Puas Hati Sangat

Kategori:
resepi sup ikan gerenti tak hanyir

Bagi anda yang suka menghirup sup wajib cuba resepi Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir ini. Memang puas hati punya lebih-lebih lagi kalau dapat hirup sup waktu panas-panas. Terasa segar sangat ditambah pula dengan aroma rempah yang wangi.

Kebiasaanya memang orang jarang buat Sup Ikan kerana ikan ini sinonim dengan rasa dan bau hanyir. Kalau buat sup lagi bertambah hanyir. Namun kalau korang ikut cara yang dikongsikan oleh Umi Watie ini confirm tak hanyir!

Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir & Sangat Sedap!

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sdt jintan manis
  • 1 sdt lada hitam
  • 1 sdt jintan putih
  • 1 sdb ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 helai daun salam
  • 2 biji tomato
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula tumiskan segala jenis bawang dan halia yang dihiris nipis. 
  2. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau. 
  3. Apabila bahan tumis dah wangi dan kekuningan masukkan rempah lain macam lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Daun salam jangan lupa, sebab daun salam ni buatkan rasa ikan lebih segar. 
  4. Masukkan air dalam 5 cawan. Biarkan dia mendidih. 
  5. Kemudian masukkan kentang dan lobak yang dikukus sekejap. 
  6. Masukkan pula tomato. 
  7. Bila dah mendidih, masukkan ikan pilihan yang anda suka. 
  8. Bila nampak ikan dah masak, masukkan garam secukup rasa. 
  9. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir ini? Kalau nak ikan tu rasa lebih segar, jangan lupa masukkan daun salam ya. Memang menjadi, sekali rasa lepas ni pasti nak buat lagi!

Selamat mencuba!

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau! Memang Puas Hati Sangat

tags: | |