Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Tempe Goreng Tepung Untuk Minum Petang. Nikmati Bersama Sambal Kicap Memang Perrgh!

Jom Cuba Resepi Tempe Goreng Tepung Untuk Minum Petang. Nikmati Bersama Sambal Kicap Memang Perrgh!

Kategori: ,,
tepung goreng tepung

Makanan bergoreng sering dijadikan pilihan untuk minum petang. Cucur dan pisang goreng sering menjadi pilihan utama. Selalunya, ia dinikmati bersama secawan teh atau kopi yang panas.

Bagi anda yang ingin mencuba menu minum petang yang baru untuk seisi keluarga, boleh lah cuba resepi tempe goreng tepung oleh Sri Rahayu. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh resepi mudah ini.

Resepi Tempe Goreng Tepung Yang Mudah

Bahan-Bahan

  • Tempe
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Serbuk ketumbar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun bawang (optional, untuk bagi wangi)
  • Sedikit air
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Letakkan tepung gandum, tepung jagung, daun bawang, serbuk perisa dan bancuhkan bersama sedikit air. Jadikan bancuhan sedikit pekat dan ketepikan.
  2. Potong tempe mengikut saiz kesukaan anda dan lumurkan sedikit garam dan serbuk ketumbar pada tempe. Gaulkan sehingga rata.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali secukupnya.
  4. Celupkan tempe dalam bancuhan tepung yang disediakan tadi dan goreng sehingga garing.
  5. Angkat dan toskan tempe, sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.

tepung goreng tepungtepung goreng tepungtepung goreng tepungtepung goreng tepung

Memang mudah sahaja untuk sediakan tempe goreng tepung ini, kan? Cuma perlukan beberapa bahan sahaja dah boleh menikmati menu petang yang enak bersama keluarga anda.

Kalau dah bosan dengan pelbagai cucur, pisang goreng atau kuih muih, anda memang perlu cuba resepi ini. Jika mahu lebih jimat dan mudah, boleh juga gantikan tepung gandum dan jagung yang digunakan dalam resepi ini dengan tepung Bestari. Dijamin rasanya tetap sedap dan puas hati bila dimakan.

Kredit: Sri Rahayu via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Tukar Selera Minum Petang! Jom Layan Sup Cendawan Ala Barat Yang Berkrim! Lagi Sedap Dari Yang Segera!

tags: |