Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Tempe Melet Viral Pedas

Indonesian Cuisine: Resepi Tempe Melet Viral Pedas

Kategori: ,,

Tempe melet makin popular di internet kerana kepedasannya yang teramat. Terutamanya di Indonesia, makan ini makin menjadi kegilaan penduduk. Mungkin ada yang suka untuk makanan pedas boleh lah mencabar diri anda dengan masakan ini. Saya siap sediakan resepi untuk anda semua.

Ini adalah resepi masakan tempe melet pedas yang mudah dihasilkan.

Bahan – bahannya :

  • 1 papan tempe
  • Cabe rawit(lada burung) sesuai selera
  • 4 siung(ulas) bawang merah
  • 2 siung(ulas) bawang putih
  • 1 buah tomat0
  • Garam, kaldu bubuk(serbuk stok ayam) dan sedikit gula pasir
  • Tepung terigu(tepung gandum)
  • Ketumbar secukupnya
  • 1 ulas bawang putih
  • Daun bawang dan seledri iris tipis-tipis

Cara- cara memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, cabe rawit,  tomato dan bawang putih. Masukkan garam secukup rasa.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan kaldu bubuk, gula pasir dan garam. Tumiskan sehingga matang.
  3. Matikan api dan angkat bahan yang ditumis.
  4. Masukkan ketumbar, bawang putih dan garam kedalam lesung batu dan tumbuk hingga halus.
  5. Apabila siap. Masukkan kedalam tepung dan masukkan sekali daun bawang dan air secukupnya. Gaul hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan sambal kedalam tempe mengikut kesesuaian.
  7. Celupkan tempe kedalam tepung yang siap diadunkan. Kemudian gorengkan dengan api kecil sehingga masak.
  8. Apabila sudah masak, angkat dan toskan minyak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |