Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Tepung Pelita Bunga Telang Yang Bukan Saja Cantik Tapi Sedap Sangat Dimakan!

Ini Resepi Tepung Pelita Bunga Telang Yang Bukan Saja Cantik Tapi Sedap Sangat Dimakan!

Kategori: ,
TEPUNG PELITA BUNGA TELANG

Tepung pelita merupakan sejenis kuih muih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Mudah dan ringkas sahaja, ia sememangnya sangat sedap untuk dinikmati tak mengira waktu.

Malah sekarang ini, terdapat pelbagai variasi tepung pelita yang unik untuk dicuba. Antaranya adalah tepung pelita bunga telang yang telah dikongsikan Siti Khairun Nur Akmal. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian ini dengan lebih lanjut.

Ini Resepi Tepung Pelita Bunga Telang Yang Bukan Saja Cantik Tapi Sedap Sangat Dimakan!

Bahan-bahan lapisan biru

  • 30 kuntum bunga telang (direbus kelopak biru sahaja, buang tangkai hijau)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil air kapur (dibancuh cair)
  • 1 cawan gula
  • Sudu kecil gula (untuk lapisan bawah)

Bahan-bahan lapisan santan

  • 4 cawan santan
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Garam

Cara penyediaan lapisan bunga telang

  1. Rebus 30 kuntum bunga telang bersama 5 cawan air.
  2. Kemudian, keluarkan bunga. (Tapis ambil air sahaja).
  3. Masukkan air kapur, tepung beras dan gula pasir, masak bahan sehingga pekat dan halus.
  4. Masukkan gula pasir halus ke dalam acuan, sudukan adunan bunga telang lebih kurang setengah acuan.

Cara masak lapisan santan

  1. Masak santan, garam dan tepung beras.
  2. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat.
  3. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu di atas lapisan biru.
  4. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk.
  5. Tepung pelita bunga telang sedia untuk dihidang. TEPUNG PELITA BUNGA TELANG TEPUNG PELITA BUNGA TELANG TEPUNG PELITA BUNGA TELANG

Mudah sahaja resepi tepung pelita bunga telang ini, kan? Rupanya sangat unik dan lain dari yang lain. Sememangnya cantik dan sedap untuk dimakan. Anda juga boleh menghidangkannya untuk hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Khairun Nur Akmal

Baca Juga: Ini Resepi Biskut Cornflakes Cranberry Chocolate Chips, Confirm Tetamu Berebut Bila Raya Nanti

tags: | | |